Khamis, 3 September 2015

قرب القلوب بفلسطين

Tajuk ana ni, ada orang kabo : "tak kena lalu..".. Namun, antara lintasan utama di hati ana semenjak dari ana menjejakkan kaki di bumi Jordan ini ialah Palastine.. sudah hampir ana dengan Palastine.. dan semestinya di Jabal Iraq yang bakal ana kongsikan nanti, berhampiran dengan Laut Mati sudah sangat hampir dengan Palastine. Maka hati ini membuak-buak harapan supaya dapat mengintai walaupun sedikit, tanah Palastine tercinta...


Kisah kelmarin...

Alhamdulillah, berkat waktu yang Allah berikan, ana pinjamkan kelmarin, untuk merenung alam sejenak disamping berfikir kebesaran Allah. Sangat terharu kerana akhirnya ana sampai juga di Jabal Iraq, walaupun sebelum ini ana tidak pernah tahu pun kewujudan bukit bersejarah ini. Jabal iraq ini terletak berhampiran dengan pekan Mu'tah, kira-kira 15-20 minit perjalanan. Kami menempah satu van yang dibawa oleh seorang pak cik Arab (ammu) untuk perjalanan pergi dan balik. Alhamdulillah, 'ammu' ni sangat baik hati orangnya, beliau sudi pula menunjuk-nunjuk sedikit kawasan di sini. 

(Ammu dan sahabat-sahabat ana)
Di atas Jabal Iraq

 Pancaran matahari yang sangat terik.

Pemandangan dari atas Jabal Iraq


SubhanaAllah, sangat takjub melihat pemandangan yang luas dari atas bukit ini. Jika kita lihat dari atas bukit ini, di kawasan tengah bahagian kiri ini di panggil Iraq. Belum berkesempatan lagi ana mengkaji dalam-dalam sejarah kawasan Iraq, Jordan. Mengapa agaknya ye, di berikan nama Iraq.. Ana ada bertanya-tanya senior-senior ana, namun mereka pun kurang pasti. InsyaAllah, mudah-mudahan nanti ana dapat kaji dan tahu dengan lebih dalam. Bukit ini mempunyai keunikan yang tersendiri. Masyhurnya, kisah bersejarah tentang jabal ini asalnya, merupakan dasar laut, iaitu tempat yang dahulunya Allah menterbalikkan bumi sewaktu kaum nabi Luth sedang hanyut dengan maksiat dan keingkaran terhadap perintah Allah. Tadabbur ayat, Surah Hud : ayat 77-81.

Memang tidak terfikir dek logik akal dan tidak terbayang dek mata kita, jika mahu memikirkan kekuasaan Allah yang telah mengangkat dasar laut pada zaman Nabi Luth dahulu.. yang sehingga hari ini ana berada di atasnya (puncak Jabal Iraq). Masa ini ana terfikir, bagaimana nanti apabila berlaku kiamat, peristiwa kiamat itu pasti, semestinya lebih-lebih lagi dasyatnya dan tidak dapat dibayangkan apabila bukit-bukit dan gunung-gunung di hadapan ana ini dan tanah Jabal Iraq yang ana pijak ini pada hari kiamat nanti semuanya akan binasa seperti bulu-bulu yang bertebangan (Surah Ma'arij : ayat 9). "Allahu .." 
Ada yang mengatakan, terdapat kesan kerang-kerang di batu-batu bukit dan terdapat batu berisi garam. Wallahua'lam, ana belum diberi peluang oleh Allah melihat kerang-kerang dan batu-batu karang di jabal tersebut, oleh sebab tempoh kami berada disitu sangat singkat, insyaAllah ana akan datang lagi ke sini lagi dan merentasi bahagian bukit yang masih belum dilalui ( bukit ini agak panjang juga, bahagian ke kanan jabal ini masih belum diterokai). Ada juga khabar, mengatakan batu-batu garam di situ telah diambil oleh sebagian pihak untuk diproses, wallahua'lam. Tambahan, di kawasan jabal ini memang banyak tumbuhan-tumbuhan liar berduri.



Tumbuhan berduri yang memang tumbuh sendiri. Sangat sakit tercucuk-cucuk di kaki, boleh jadi luka, jadi berhati-hati jika berjalan di bukit ini.

Jabal ini agak mendatar dan tidak terlalu curam. Disepanjang lereng bukit terdapat batu-batu pelbagai saiz, seperti batu di dasar laut juga, permukaan batu kasar.

Dari lereng bukit

Memang agak gayat berada di puncak bukit dan jika mahu menuruni ke lereng bukit. Alhamdulillah, ana memang suka aktiviti memanjat dan berada tanah tinggi. Maka, disaat sahabat-sahabat ana yang lain menikmati sedikit juadah (roti-roti dan air), ana mengambil peluang untuk menuruni sedikit demi sedikit bukit ini sehingga ke lereng-lereng bukit (rasa nak je turun sampai bawah, tapi masa sekejap je, so, tak sempat..) Bagi ana, perkara penting semasa kita tadabur alam ini, kita membesarkan Allah dengan segala sifat kesempurnaanNya sebagai "Khaliq" serta merta merasa diri kita ini sangatlah kerdil dan kecik berbanding makhluk-makhluk Allah yang lain samada yang kita nampak mahupun yang ghaib. Namun begitu, Allah beri kelebihan kepada kita dengan kurnian akal dan jasad yang baik berbanding alam, binatang melata dan lain-lain..suka untuk ana koreksi diri ana semula, tentang amanah dan tanggungjawab ana sebagai khalifah yang wajib memakmurkan muka bumi Allah ini dengan nur addeen Allah (cahaya Islam sebagai realiti dalam kehidupan) yang sangat syumul, atas kelebihan yang Allah bagi kepada kita sebaik-baik ciptaan. Itu barulah tandanya kita bersyukur. SubhanaAllah ! 

Pemandangan sekitar Jabal


Sahabat-sahabat ana kat atas tu.. maaf ana turun bawah tak habaq.. hehe


Menunggu matahari terbenam. Kawasan rata arah bawah matahari tersebut, ada yang mengatakan ianya laut mati. Ada juga yang mengatakan ianya kawasan pemprosesan garam. Wallahua'lam. 
Jadi di sebelah kawasan laut mati adalah tanah barakah Palastine. Pada dahulunya, dari kawasan ini untuk ke Palastine hanya sekitar 3-4 jam sahaja. Namun setelah Israel merampas Palastine, segala jalan telah ditutup. Hiba merenung disebalik Laut Mati tersebut adanya Quds.. hanya beberapa kilometer jaraknya dengan Palastine tercinta... Berpeluangkah kaki ini menjejak di bumi Palastin dan bersolat di Masjid Al-Aqsa.. Azam, impian, doa dan harapan. Semoga Israel hancur!!! Fathul Palastine wa al-Quds!!! Amiin..

Masih kelihatan matahari.

Matahari hampir sangat terbenam.

Matahari sudah terbenam.

Sahabat-sahabat ana tu nak balik da.. 

Kemudian 'ammu sampai dan berkumandang azan maghrib. Jadi kami pun pulang ..!


Akhir kalam, dimana pun kita bermusafir dan dimana pun kita berada, hatta kita duduk sahaja di rumah contohnya suri rumah, kita tetap boleh tafakur dengan apa pun yang berada di sekeliling kita terutamanya alam semulajadi dan makhluk-makhluk di sekeliling kita. InsyaAllah, dengan berfikir ciptaan Allah yang agung dan unik, kita akan lebih mengenal Allah, mendekatkan diri kita padaNya dan merasa diri kerdil dan hamba kepada Allah, satu-satuNya Tuhan yang selayaknya disembah, Raja bagi segala raja dan Pemilik Abadi hati dan jiwa kita.

Mudah-mudahan ada yang bermanfaat.
Waallahua'lam..